Murid-murid SK IPG KDRI melawat pameran inovasi yang diadakan sempena Karnival Akademik IPG KDRI 2018 yang diadakan selama 3 hari bermula 16 April hingga 18 April. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang karnival 3 hari tersebut seperti jualan 'Food Truck' , pameran daripada pengedar kenderaan seperti Honda, Toyota, Proton dan Perodua, pameran inovasi pendidikan oleh sekolah - sekolah seluruh Terengganu, pameran daripada jabatan dan pelatih IPG KDRI serta pameran daripada Program Pendidikan Khas SK IPG KDRI. Selain itu, 2 orang murid SK IPG KDRI telah menerima cenderahati persembahan bercerita sempena karnival tersebut iaitu adik Mutqinah 3 Pintar dan adik Nur Humaira Aisyah 4 Pintar.