Sunday, October 1, 2017

Tahniah diucapkan kepada 2 orang wakil SK IPG KDRI ke Pertandingan Nilam Peringkat Daerah yang diadakan di PKG Tok Jiring pada 2 Mac 2017 yang lalu iaitu Muhammad Al Fateh dan Siti Nor Faizah. Pada pertandingan tersebut, Muhammad Al Fateh telah berjaya menjadi Johan Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan manakala Siti Nor Faizah mendapat tempat ke-4. Muhammad Al Fateh akan mewakili daerah Kuala Nerus ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 14-16 Mac 2017 nanti...