Antara aktiviti yang telah diadakan adalah kawad kaki, merentas halangan, pameran senjata dan juga 'water confident'. Seramai 6 orang fasilitator yang terdiri daripada anggota tentera dan diketuai oleh En. Kasman telah dijemput.
tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih murid lebih berdisiplin dan meningkatkan keyakinan diri. Selain itu, melalui program ini diharapkan agar murid akan menjadi lebih fokus dalam setiap aktiviti yang dibuat dan akur serta patuh pada arahan.


