Tuesday, September 23, 2014

MAJLIS RESTU ILMU

         Isnin, 8 September 2014 ; SK IPG Kampus Dato Razali Ismail telah mengadakan Majlis Restu Ilmu yang dihadiri oleh Ibubapa murid, para guru dan semua murid. Majlis ini diadakan bagi murid-murid tahun 6 memohon restu daripada ibubapa dan guru sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Majlis dimulakan dengan doa pembukaan, ucapan Guru Besar, ucapan daripada timbalan YDP PIBG, doa khas yang dibacakan oleh wakil ibubapa dan acara kemuncak acara salam- bersalaman memohon maaf dan restu murid daripada ibubapa dan para guru.


Murid-murid bersalaman memohon restu daripada para guru.

Guru Besar memberi amanat dan pesanan.

Doa khas daripada wakil ibubapa.

Para ibu yang hadir.



Para bapa yang hadir.


Para guru SK IPG Kampus Dato' Razali Ismail.

Guru-guru subjek UPSR Tahun 6 bersama para pentadbir.





Murid-murid tahun 6 lelaki memohon restu daripada para guru.


 Sebahagian murid-murid tahun 6 perempuan SK IPG KDRI.

 Sebahagian murid lelaki tahun 6 SK IPG kDRI