Thursday, February 14, 2013


NUKILAN GURU BESAR BULAN INI
Tanya diri kita, sebelum tidur malam, apakah hari yang baru kita lalui siang tadi, lebih baik daripada semalam? Tanya lagi, situasi semalam pula macam mana? Lebih baik atau lebih teruk berbanding dengan hari terdahulunya? 

Rasul s.a.w ada memberikan peringatan tentang perkara ini, dengan sabdanya yang bermaksud:“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Mus Nabi s.a.w mengingatkan kita, kalau mahu jadi orang yang beruntung, kita mestilah sentiasa menjadi orang yang terbaik. Tafsiran terbaik boleh diukur sendiri ataupun meminta orang lain membuat penilaian ke atas kita.

Maka marilah kita bersama-sama muhasabah diri atas segala kelemahan diri dengan membiasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Sebagai seorang guru, jadilah sebagai sumber inspirasi kepada anak-anak didik kita kerana;


  • Guru biasa         - pemberi maklumat
  • Guru baik          - menguasai ilmu yang dimiliki
  • Guru cemerlang - membimbing dan menunjuk cara
  • Guru hebat        - memberi inspirasi


Namun dalam mendidik anak-anak kita harus berhati-hati kerana sebagai manusia mereka juga mempunyai perasaan dan keupayaan berfikir yang tersendiri.

Hati-hati melentur buluh,
Di celah buluh rotan berduri,
Hati-hati melentur tubuh,
Dalam tubuh insan berdiri.

Justeru itu, marilah sama-sama kita berazam menjadi yang terbaik di antara yang terbaik.

“YAKIN GEMILANG”