NAMA SEKOLAH (ASAL-USUL)
SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dulunya dikenali sebagai SK Maktab
Perguruan Kuala Terengganu atau sekolah dalam maktab. Nama tersebut diambil
sempena nama Maktab Perguruan Kuala Terengganu dan lokasinya yang terletak
dalam maktab itu sendiri. Pada 7 November 2013 secara rasminya nama sekolah ini
telah bertukar kepada SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail seiring dengan
pertukaran nama Maktab Perguruan Kuala Terengganu kepada IPG Kampus Dato’
Razali Ismail.Nama Dato Razali Ismail diambil sempena ketokohannya dan beliau
yang merupakan mantan Pengarah Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Sekolah ini
merupakan perintis dan satu-satunya sekolah di Malaysia selain SK IPG Perlis, yang
berkonsepkan sekolah dalam maktab. Idea asal penubuhan sekolah dalam maktab (Teaching
School) dicadangkan dan diperjuangkan oleh arwah Dato’ Razali bin
Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran pada masa itu.
LOKASI
SEKOLAH
SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, terletak di Kg Wakaf Tengah di jalan
laluan utama 3685 Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan. Bertentangan
dengannya terdapat Stesyen Minyak Petronas Wakaf Tengah, dan bersebelahan
dengannya MRSM Kuala Terengganu. Dalam kawasan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
bangunan sekolah ini terletak bersebelahan dengan Pusat Bahasa Inggeris IPG
(Tell TRAC).
TARIKH DIBUKA DAN PERASMIAN
SK IPG Kampus Dato
Razali Ismail memulakan operasinya pada 1 Januari 2003, dengan pengambilan 50
orang murid untuk dua kelas. Murid-murid yang diambil berdaftar di bawah SK
Mengabang Telipot dan SK Kompleks Mengabang Telipot. Drs Tuan Haji Alias bin Omar, pensyarah pada
masa itu mengetuai pengurusan sekolah dengan dibantu oleh dua orang
guru.Bangunan baru sekolah dibuka secara rasminya pada 19 Januari 2003 oleh YB
Dato’ Hj Razali bin Ismail.
SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SEKOLAH
HINGGA KINI.
Bangunan
asal sekolah dalam maktab mula dibina pada 20 Disember 2002 yang mana mempunyai
dua buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Ia mula digunakan pada 14 Januari
2003. Arwah Dato’ Razali bin Ismail telah merasmikan bangunan tersebut secara
rasmi pada 19 Januari 2003. Pada ketika itu terdapat seorang Guru Besar, dua
orang guru dan lima puluh orang murid tahun satu. Murid-murid tersebut
berdaftar di bawah SK Kompleks Mengabang Telipot dan SK Mengabang Telipot.
Pada
tahun 2004, sebanyak empat buah bilik darjah telah ditambah sejajar dengan
pertambahan murid pada masa itu yang telah mencecah 100 orang. Guru tetap
ketika itu seramai tujuh orang dengan dibantu oleh 18 orang pensyarah dan pelajar
Maktab Perguruan.
Dengan
kapasiti murid 156 orang, empat buah bilik darjah lagi dibina pada tahun 2005. Tuan
Haji Harun Mohamad telah mengetuai sekolah
pada 1 Mac 2005 setelah persaraan Drs Tuan Haji Alias. Akhirnya pada 1
Jun 2005, sekolah dalam maktab secara rasminya telah didaftarkan di bawah
Jabatan Pelajaran Negeri dengan kod
sekolah TBA 3103. Seorang Guru Besar hakiki dari JPNT telah dihantar iaitu En
Mohamad Kabidi bin Mohamad beserta 12 orang guru tetap. Perjalanan sekolah
seperti sekolah biasa dan sekolah selalu bekerjasama dengan para pensyarah dan
pelajar maktab.
Pada
tahun 2006, bangunan sekolah ditambah lagi dengan empat buah bilik darjah di
bawah pruntukan Bahagian Pendidikan Guru. Guru pada masa itu seramai 21 orang
termasuk Guru Besar, seorang Pembantu Tadbir N17 & dan Pembantu Am Rendah
N1 dan murid seramai 258 orang. Selain guru, dua orang pensyarah juga terlibat
dalam menjayakan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Tiga orang guru j-QAF
telah memulakan Latihan Perguruan Berasakan Sekolah (LPBS) di sekolah maktab
pada 29 Januari 2007 bermula dengan kelas tahun satu.
Jumlah kelas sehingga
2008 telah mencapai 12 buah kelas dengan bilangan murid seramai 313 orang. Dua
bangunan yang mana salah satu daripadanya mempunyai dua bilik telah dibina
untuk menempatkan kemudahan Pusat Sumber dan Bilik j-QAF. Manakala bangunan
satu lagi merupakan sebuah Makmal Komputer untuk kemudahan murid-murid. Seramai
50 orang murid yang merupakan kumpulan pertama yang menduduki UPSR dengan
sembilan orang daripadanya mendapat 5A.
Pada 1 Mac 2010,
sekolah dalam maktab telah berpindah ke bangunan barunya yang tersergam indah
bersebelahan dengan bangunan Pusat Bahasa Inggeris IPG (Telltrac). Di bangunan
baru ini segala kemudahan dapat dinikmati oleh warga sekolah sama seperti
sekolah lain seperti Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Seni, Bilik
Komputer, Bilik Muzik, Pusat Sumber, Bilik j-QAF, Bilik SALC, Bilik Pemulihan, Pejabat
dan Bilik Guru yang selesa, Surau, Kantin, Bilik Persalinan, Bilik BBM, Stor Sukan
dan Dewan Terbuka. Bangunan Pra sekolah juga telah dibina berdekatan dengan
sekolah yang mana menempatkan dua buah pra sekolah iaitu Pra Sekolah al-Falah
di bawah pengurusan IPG dan Pra sekolah SK Maktab Perguruan itu sendiri.
Kelas Pelajar Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) telah memulakan operasi di SK Maktab Perguruan pada 1
Januari 2011 di bilik SALC sehinggalah mempunyai bilik sendiri yang telah siap
dibina pada tahun 2012 .Akhirnya SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu telah
bertukar nama secara rasminya kepada SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail bermula
7 November 2013.
Sehingga tulisan ini
ditulis 29 April 2014, SK IPG Kampus Dato Razali Ismail mempunyai 35 orang
guru, dua orang Pembantu Tadbir, Seorang Pembantu AM , dan tiga orang Pembantu
Pengurusan Murid.
GAMBAR-GAMBAR BERSEJARAH
Bangunan pertama yang sedang dalam
pembinaan. Mula dibina 20 Disember 2003.
Pada 14 Januari 2003, seramai 50
orang murid telah memulakan persekolahan mereka di bangunan ini.
Pada 19 Januari 2003, arwah Dato’
Razali bin Ismail telah merasmikan bangunan baru.
Empat buah bangunan baru bilik
darjah telah dibina pada tahun 2004 .
Empat buah bangunan baru bilik darjah telah dibina pada tahun 2005
Pemandangan dari atas , bangunan sekolah yang siap dibina
tahun 2010.
KELUASAN KAWASAN SEKOLAH
Keluasan SK IPG Kampus
Dato Razali Ismail ialah seluas 26.61 hektar yang terletak di Mukim Batu Rakit.
MOTO DAN
SLOGAN SEKOAH
Warna jingga di tengah
menunjukkan keilmuan yang sentiasa digunakan di dalam mencari kebahagiaan di
dunia dan akhirat.Manakala warna ungu di kiri dan kanan menunjukkan jalinan
kerjasama dengan pelbagai pihak dalam menentukan kejayaan hidup di dunia dan
akhirat.Bendera ini direka oleh Guru Besar sendiri iaitu En Mohamad Kabidi bin Mohamad bersama mantan GPK 1, En Saidi Japri bin Jasman
LENCANA SEKOLAH
LENCANA SEKOLAH
1. Bentuk Asas.
Bentuk asas lencana ini adalah merupakan bentuk asas
Batu Bersurat Terengganu. Batu Bersurat
Terengganu melambangkan bukti sejarah keilmuan Islam Terengganu. Ini membawa
maksud, ilmu itu amat penting dan menjadi perkara pokok di dalam mencapai
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Warna jingga pula merupakan warna koprat
yang membawa maksud kemajuan. Kesimpulannya, bentuk asas batu bersurat berwarna
jingga ini membawa maksud bahawa kita perlu terus berusaha dengan keilmuan yang
tinggi untuk mencapai kemajuan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
2. TS.
Tulisan TS bermakna
“Teaching School”. Ini merupakan tujuan utama sekolah ini ditubuhkan
iaitu untuk mewujudkan satu PERKONGSIAN PINTAR antara Institut Pendidikan Guru
dengan pihak sekolah. Sekolah akan dijadikan asas kepada pelajar-pelajar IPG
untuk menimba pelbagai pengalaman sebenar tentang sekolah sebelum mereka
ditempatkan di sekolah. Warna ungu pula merupakan warna sekunder (campuran). Ia
membawa maksud kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak lain
seperti PIBG, JPN, KPM, orang perseorangan, organisasi, komuniti dan lain-lain
lagi terutamanya IPG.TS
juga membawa maksud “Towards Success”.
3. SK
IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
Tulisan ini membawa maksud nama sekolah ini ialah SK
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
4. YAKIN
GEMILANG
“Yakin Gemilang” merupakan cogankata sekolah. Ia membawa maksud bahawa warga sekolah ini
sentiasa yakin dengan kebolehan sendiri dan mampu untuk mencapai kegemilangan
dalam apa jua bidang sama ada akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum dan
sebagainya.
Lencana sekolah ini hasil idea dan rekaan oleh mantan GPK 1 iaitu En Saidi Japri bin Jasman.
Lencana sekolah ini hasil idea dan rekaan oleh mantan GPK 1 iaitu En Saidi Japri bin Jasman.
LAGU SEKOLAH
Antara objektif penubuhan Teaching School adalah seperti berikut:-
1.
Menyediakan
pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar di sekolah yang terlibat.
2.
Menghasilkan
pembaharuan kepada sekolah dalam pengendalian pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah.
3.
Memperkukuhkan
pengetahuan dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru sekolah, bakal guru dan
pensyarah melalui penyelidikan, percubaan, inkuiri, penilaian dan pelaksanaan
program-program inovatif dan amalan-amalan bilik darjah yang berkesan.
4.
Menyediakan
pengalaman klinikal yang perlu kepada bakal guru sebagai pemudahcara pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
5. Melaksanakan
penyelidikan pendidikan yang melibatkan guru, pelajar dan aktiviti sekolah
untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada semua pelajar di samping
menambahkan lagi pemahaman bakal guru dan pendidikan guru terhadap amalan
pendidikan.
6. Menambah
pengalaman guru pelatih terhadap suasana dan amalan di sekolah selain
pengalaman semasa mengikuti praktikum yang diwajibkan.
OBJEKTIF KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL
1.Membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas dengan percuma.
2.Menggerakkan pelajar ke arah kecemerlangan berteraskan kejayaan akademik dan kokurikulum.
3.Meningkatkan kemampuan dan kebolehan pelajar seiring dengan kebolehan yang mereka perolehi.
4.Melaksanakan pendidikan seimbang di kalangan semua pelajar tanpa mengira golongan atau status.
5.Membantu pelajar menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan ke arah kecemerlangan
2.Menggerakkan pelajar ke arah kecemerlangan berteraskan kejayaan akademik dan kokurikulum.
3.Meningkatkan kemampuan dan kebolehan pelajar seiring dengan kebolehan yang mereka perolehi.
4.Melaksanakan pendidikan seimbang di kalangan semua pelajar tanpa mengira golongan atau status.
5.Membantu pelajar menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan ke arah kecemerlangan
akademik dan penyuburan sahsiah.