Sunday, May 31, 2015

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang telah sama-sama menjayakan Sambutan Hari Guru pada tahun ini.Sambutan telah diadakan pada 18 Mei 2015.










Sunday, May 17, 2015

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 9 SK IPG yang telah diadakan pada hari Sabtu 16 Mei 2015..terima kasih kepada semua yang terlibat dan ibu bapa yang sudi meluangkan masa ke mesyuarat tersebut







Wednesday, May 13, 2015


Tema Hari Guru 2015 tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang. Sememangnya kita semua tahu apa guna lahirnya individu yang bijak tanpa ada akhlak yang berkualiti tinggi.

Berikut adalah Tema Hari Guru 2015 Maksud dan Huraian.
1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.
3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 – 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
sumber dari Cikgu Hailmi

Monday, May 11, 2015

Pada 4 Mei 2015 SK IPG telah menghantar peserta untuk pertandingan Smart English. SK IPG telah menjadi johan bagi zon 1 daripada 11 sekolah yang bertanding. Pada 6 Mei 2015 telah diadakan pertandingan akhir di antara 4 buah zon yang diwakili oleh johan dan naib johan setiap zon. Pada pertandingan ini, sebanyak 8 buah sekolah telah bertanding dan SK IPG sekali lagi telah menjadi johan manakala naib johan dimenangi oleh SK Kg Tengah dan tempat ketiga oleh SK Kompleks Gong Badak. Seterusnya, pada 9 Mei 2015 telah diadakan pertandingan YDSM peringkat negeri yang diadakan di SK Sulatan Sulaiman 2 dan disertai oleh 8 buah daerah. SK IPG telah menjadi wakil bagi daerah KTU dan telah mendapat tempat kelima..









Sunday, May 10, 2015


Panitia Agama Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat Sesi 1 pada 9 Mei 2015..Murid - murid yang terlibat adalah daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Aktiviti yang diadakan sepanjang kem berlangsung adalah amali solat Dhuha dan solat Zohor, perkara yang membatalkan solat, rukun solat, bacaan Doa Qunut dan Tahiyat











SK IPG telah menghantar sekumpulan peserta ke Pertandingan Memanah Peringkat Kuala Nerus 2015 yang diadakan di Kem Integriti Teluk Ketapang pada 5 hingga 6 Mei 2015 . Pertandingan ini diadakan sebagai sesi pemilihan untuk mewakili daerah Kuala Nerus.Peserta SK IPG telah berjaya membawa pulang beberapa butir pingat iaitu tempat ketiga dan keempat serta johan kumpulan bagi kategori lelaki...Bagi kategori perempuan, peserta SK IPG berjaya mendapat tempat pertama dan keempat. 2 peserta lelaki dan 2 perempuan terpilih untuk mewakili daerah Kuala Nerus...Tahniah kepada murid yang berjaya











Pada 7 Mei 2015, sautu Pertandingan Pidato SKK yang dianjurkan oleh SK Gong Badak telah diadakan di UNISZA..Tahniah diucapkan kepada adik Norhanan Rifqah Bt Mat Irwan yang telah menjadi wakil SK IPG..walaupun sekadar mendapat hadiah saguhati,tetapi pengalaman yang diperolehi daripada pertandingan tersebut adalah sesuatu yang sangat berharga